Lujnah Surau

 

Pengenalan surau Az-Zahraa'

Surau An-Nur telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar ibnu al-Marhum Tuanku Abdu Rahman pada 5 Mei 1990. Ia merupakan surau rasmi Kolej Tunku Khursiah ketika itu dan merupakan  tempat ibadah pelajar-pelajar mereka khususnya untuk mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

Setelah SM Sains Tuanku Aishah Rohani ditubuhkan pada awal 2014, nama Surau an-Nur ini ditukar kepada Surau Az-Zahraa', terus digunakan sebagai tempat rasmi ibadah solat 5 waktu,  pusat kegiatan agama dan kerohanian pelajar BADAR, program-program rasmi sekolah seperti majlis  bacaan Yasin & Solat Hajat PT3 dan SPM. Bahkan surau ini juga turut digunakan untuk program-program pembangunan akademik sekolah seperti kelas anjal, bengkel, ceramah motivasi dan sebagainya.

    

Justeru itu, Surau Az-Zahraa' ini dilihat antara tempat utama dan nadi kepada pembangunan kecemerlangan pelajar di sekolah ini. Atas kepentingan ini dan untuk mencapai matlamat kecemerlangan sekolah, fizikal Surau Az-Zahraa' telah dinaiktarafkan bermula dari tahun 2015 dan telah melalui beberapa proses pembangunan bersesuaian dengan kewangan yang diperolehi melalui sumbangan ibubapa dan individu-individu tertentu.

AINA SAMIHAH

BINTI AFANIZAM

SITI NUR ATHIRAH BINTI  MOHAMMAD ZAMRI

NURUL FASHIHAH

BINTI KASSIM

NADIAH BINTI ZULKUFLI

(KETUA)

Jawatankuasa surau an-Nur

 

VISI surau

Menjadikan surau al-Nur Sebagai Pusat Pembinaan dan Peningkatan Rohani & Jati Diri Pelajar

MISI surau

Berusaha melahirkan pelajar cintakan ibadah,rajin belajar dan takutkan dosa

 

VISI surau

Menjadikan Surau Az-Zahraa' Sebagai Pusat Pembinaan dan Peningkatan Rohani & Jati Diri Pelajar

MISI surau

Berusaha melahirkan pelajar cintakan ibadah,rajin belajar dan takutkan dosa

Objektif

Surau Az-Zahraa' berusaha untuk mencapai objektif-objektif di bawah

  • Menyediakan tempat yang selesa dan kondusif untuk pelajar menunaikan solat fardu sepanjang hari

  • Membudayakan pelajar dapat mendirikan solat secara berjemaah setiap waktu.

  • Menyediakan keperluan pusat amali fardu ain dan ujian PAFA.

  • Sebagai pusat pembentukan, pemulihan dan peningkatan  rohani dan kefahaman tentang agama kepada pelajar.

  • Sebagai pusat kegiatan dan aktiviti agama dan dakwah peringkat sekolah seperti majlis tadarus al-Quran, majlis khatam al-Quran dan lain-lain.

  • Sebagai tempat pilihan ekslusif kelas tambahan, kelas anjal dan program rasmi sekolah

 

PRINSIP PENGURUSAN SURAU

Bagi memastikan visi dan misi tercapai, pihak pengurusan surau mengamalkan prinsip-prinsip berikut :

  • Keselesaan beribadah satu keutamaan

  • Solat dulu baru pulang

  • Kepimpinan Pelajar melalui teladan

  • Solat Asas Kecemerlangan

  • Surauku syurgaku

  • 10 minit sehari menjamin ketenagan

  • Pendekatan terapi dalam ibadah

PRINSIP PENGURUSAN SURAU

Bagi memastikan visi dan misi tercapai, pihak pengurusan surau mengamalkan prinsip-prinsip berikut :

  • Keselesaan beribadah satu keutamaan

  • Solat dulu baru pulang

  • Kepimpinan Pelajar melalui teladan

  • Solat Asas Kecemerlangan

  • Surauku syurgaku

  • 10 minit sehari menjamin ketenagan

  • Pendekatan terapi dalam ibadah

 
 
 

PERATURAN-PERATURAN AM SURAU

Semua pengunjung yang menggunakan surau Az-Zahraa' hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut

  • Hendaklah mengamalkan adab-adab yang telah digariskan semasa berada di dalam surau.

  • Meletakkan kasut dan selipar secara tersusun.

  • Menjaga kebersihan dan keceriaan surau.

  • Menyusun dan meletakkan  kembali barangan surau yang digunakan seperti meja belajar, sajadah, Kain telekong solat dan mashaf al-Quran.

  • Mematikan lampu dan kipas selepas digunakan.

  • Kelas p & p yang hendak dijalankan di surau perlu hadir bersama guru matapelajaran.

  • Menutup aurat semasa berada di kawasan surau.

  • Meletakkan barangan pribadi di tempat yang sesuai secata tersusun.

 

LARANGAN-LARANGAN AM SURAU

Semua pengunjung yang menggunakan surau Az-Zahraa' dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara berikut :

  • Melakukan maksiat di surau seperti mengumpat, mencuri dan berkhalwat.

  • Melakukan salah laku disiplin seperti yang dinyatakan di dalam peraturan sekolah.

  • Makan dan minum di sekitar surau.

  • Membuang sampah di sekitar surau.

  • Bising dan bercakap dengan nada yang kuat sehingga menggangu ketenteraman surau.

  • Tidur dan berehat di ruang utama solat.

  • Mencuri dan mengambil harta benda surau tanpa kebenaran.

  • Membuka aurat di dalam surau.

  • Memakai pakaian yang tidak senonoh di kawasan surau seperti pakaian ketat dan jarang bagi perempuan.

  • Melakukan pembaziran air dan elektirk

  • Meninggalkan barangan peribadi di dalam surau.

  • Membawa barangan larangan dan berbahaya berdasarkan peraturan sekolah

 

JADUAL AKTIVITI HARIAN

Semua pelajar wajib mengikuti aktiviti harian surau seperti berikut :

  • Solat subuh berjemaah

  • Solat zohor berjemaah

  • Tazkirah selepas solat zohor

  • 10 minit bersama al-Quran ( sebelum solat maghrib)

  • Solat maghrib dan solat Isyak berjemaah

  • al-Bayan ( sebelum solat isya' )

  • Solat hajat, solat taubat dan bacaan surah Yasin ( selepas solat maghrib )

 

JADUAL AKTIVITI MINGGUAN 

Semua pelajar wajib mengikuti aktiviti mingguan surau seperti berikut :

  • Program malam badar - khamis malam ( minggu 1 dan 2 )

  • Kuliah mingguan -khamis malam ( minggu 3 dan minggu 4 )

  • Halaqah Usrah - jumaat malam ( minggu 3) - 

  • Qiamullail - Sabtu pagi ( setiap 2 minggu )

  • Khidmat bakti mengikut rumah - ahad pagi ( setiap 2 minggu )

  • Bengkel dan kelas tambahan hujung minggu ( mengikut jadual aktiviti kecemerlangan )

 

Address

SM Sains Tuanku Aishah Rohani

Contact

Follow

  • Black Instagram Icon

Copyright © 2017, Design by ustazONE_SGS. Designed for Your Websites