Koleksi Blog Badar

Menghimpunkan tazkirah, isu semasa, amalan dan zikir serta lain-lain ilmiah agama

AKTIVITI SEMASA

Badar iNFO

TAKWIM

BADAR 2020

WAKTU SOLAT

INFO TERKINI

Hadis Harian

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

05hb Mei  2020
12hb Ramadan 1441H

Berbuka Dengan Rotab  atau Tamar atau Air

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ

Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadits hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.

2.  Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah, lembut dan baru).

3.  Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering).

4.  Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air.

5.  Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)

6.  Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air.

7.  Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan  45% fruktosa.

8.  Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi fructose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga dengan cepat. 

Semarak Ibadah Memacu Perubahan

berita terkini

facebook sekolah

layari FB sekolah untuk mendapat info-info terkini tentang aktiviti-aktiviti sekolah

JOM !!! Baca al-Quran ONLINE

KOLEKSI VIDEO

Koleksi Nasyid Terbaik

Portal ilmiah
Portal Islam Agensi Kerajaan
Majlis Agama Islam Negeri
Perpustakaan
Digital Islam

Senarai Laman Web Islam

Address

SM Sains Tuanku Aishah Rohani

Contact

Follow

  • Black Instagram Icon

Copyright © 2017, Design by ustazONE_SGS. Designed for Your Websites